Rahman: Sumbangan ‘tablet’ mula diagihkan kepada pelajar DUN Serting
SERTING: Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli mula mengagihkan sumbangan ‘tablet’ (peranti pintar) kepada 120 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan di DUN Serting.
“Pagi kelmarin saya telah menyerahkan ‘tablet’ kepada 35 pelajar sekolah rendah, sekolah menengah dan Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Serting.
“Penyerahan ‘tablet’ tidak dapat dibuat serentak kerana kita mematuhi SOP pandemik Covid – 19.
“Saya akan mengagihkan 120 ‘tablet’ yang diperuntukkan untuk DUN Serting secara berperingkat-peringkat,” kata Abdul Rahman.
Abdul Rahman berkata, pelajar sekolah dan IPT amat memerlukan ‘tablet’ bagi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR).
“Sesi kelas (pengajaran) diadakan secara online yang menggantikan kelas secara bersemuka.
“Keadaan ini menyukarkan bagi mereka yang terpaksa berkongsi telefon pintar dengan adik-beradik yang lain, malah ada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan terpaksa meminjam dari orang lain.
“Saya menasihatkan ibubapa supaya memantau penggunaan ‘tablet’ ini bagi mengelakkan ianya disalahgunakan bagi perkara yang tidak berfaedah.
“Semoga pelajar dapat memanfaatkan sumbangan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan ini dengan sebaiknya bagi tujuan pembelajaran,” ujar Abdul Rahman.