Berita
Raja sumbang kewangan kepada sebuah keluarga kurang kemampuan
SRI TANJUNG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sri Tanjung, YB Dr.Raja Sekaran telah memberikan sumbangan kewangan kepada keluarga kurang berkemampuan.
Raja berkata, sumbangan tersebut adalah bagi membantu mereka membeli alat pernafasan yang diperlukan.
“Hal ini kerana, bayi mereka mempunyai masalah saluran pernafasan.
“Saya berharap keluarga ini tabah dengan ujian yang mereka hadapi ini.
“Semoga bayi ini membesar dengan sihat serta menjadi anak yang baik.
“Saya juga berharap agar sumbangan ini dapat membantu meringankan beban mereka,” kata Raja Sekaren.