Berita
Rundingan kerusi selesai, tunggu umum calon sahaja: AMINUDDIN
SEREMBAN: Pengerusi Pakatan Harapan Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, rundingan pembahagian kerusi tiga parti komponen Pakatan Harapan Negeri Sembilan telah selesai.
“Rundingan pembahagian kerusi Parlimen dan DUN di antara DAP, AMANAH dan Keadilan bagi Negeri Sembilan telah selesai.
“Tunggu pucuk pimpinan parti masing-masing umum calon (Pilihan Raya Umum Ke-15) sahaja,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian bagi menjawab pertanyaan wartawan berhubung rundingan kerusi dan calon Pakatan Harapan Negeri Sembilan menghadapi PRU-15.