Berita

Rusli peruntuk RM10,000 tingkat keselamatan SJKT Ladang Sengkang

LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah telah memberi peruntukan sebanyak RM10,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Sengkang.

Rusli berkata, peruntukan tersebut diberikan bagi membantu pihak sekolah menambah pemasangan grill keselamatan tingkap dan pintu sekolah.

“Saya telah turun padang bagi melihat kerja-kerja pemasangan yang dilakukan.

Saya berharap apabila siap sahaja kerja-kerja ini, keadaan keselamatan sekolah ini lebih terjamin daripada anasir-anasir yang tidak diingini,” kata Rusli.

Show More

Related Articles

Back to top button