BeritaMenarikProgram

Negeri Sembilan cipta rekod pelaburan RM10.1 bilion, tertinggi dalam sejarah

SEREMBAN: Kerajaan Perpaduan Negeri Sembilan mencatatkan rekod pelaburan tertinggi dalam sejarah dengan jumlah pelaburan RM10.1 bilion bagi tahun 2023.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak RM4.1 bilion adalah pelaburan domestik manakala RM6.0 billion daripada pelaburan luar negara (Foreign Direct Investment – FDI).

“Pencapaian RM10.1 bilion ini menunjukkan lonjakan sebanyak 13 peratus berbanding tahun 2022 iaitu sebanyak RM8.9 bilion.

“Rekod ini berjaya dicapai melalui 189 projek yang telah diluluskan membabitkan sektor pembuatan berjumlah RM7.6 billion dan dan sektor perkhidmatan sebanyak RM2.5 billion.

“Kerajaan Negeri juga akan terus komited menyediakan fasiliti dan kemudahan asas bagi memastikan Negeri Sembilan terus kekal sebagai destinasi pelabur dari dalam dan luar negara pada masa akan datang,” kata Aminuddin pada Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri pada Rabu.

Show More

Related Articles

Back to top button