Berita

Saya akan terus bersuara untuk rakyat,” Cha

Isu cadangan pembinaan insinerator di Bandar Seri Sendayan akan dibawa ke parlimen apabila sesi persidangan parlimen dibuka

RASAH: Ahli Parlimen Rasah, YB Cha Kee Chin berkata, beliau akan terus bersuara berkaitan apa jua isu yang mempunyai kepentingan rakyat.

Cha berkata, notis tuntutan (notice of demand) dari sebuah syarikat pemaju cadangan pembinaan insinerator kepada beliau tidak akan menggugat semangatnya untuk terus menjuarai isu rakyat.

“Sebagai wakil rakyat, saya menyuarakan bantahan penduduk tempatan terhadap cadangan pembinaan insinerator di Bandar Seri Sendayan yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

“Bantahan tidak boleh sekadar nyatakan bantahan secara lisan, sebaliknya perlu dinyatakan secara bertulis atau didokumenkan.

“Ini amalan yang biasa digunapakai di seluruh dunia untuk kes-kes bantahan yang berkaitan dengan rakyat marhaen.

“Saya akan terus bersuara membantah cadangan pembinaan insinerator ini; malah saya akan bawa isu ini ke persidangan parlimen apabila sesi persidangan parlimen dibuka nanti,” ujar Cha.

Cha berkata, pendirian beliau konsisten sejak menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri pada tahun 2008.

“Sejak 2018, saya sememangnya membantah sebarang cadangan pembinaan insinerator di Negeri Sembilan.

“Saya bukan membantah cadangan projek sebegini sejak sebulan dua ini.

“Rekod saya sejak menjadi ADUN pada tahun 2008, jelas menunjukkan saya sentiasa menjuarai isu yang berkepentingan awam, dan pendekatan ini diteruskan apabila saya menjadi Ahli Parlimen selepas PRU-14,” jelas Cha.

Show More

Related Articles

Back to top button