Berita

Persidangan DUN Negeri Sembilan akan berlangsung minggu pertama Ogos

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun mengumumkan Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan akan mula bersidang pada minggu pertama Ogos 2021.

“DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir telah perkenan untuk merasmikan Persidangan DUN Negeri Sembilan pada minggu pertama Ogos ini.

“Setiausaha DUN akan menghantar notis (Persidangan DUN) kepada semua Ahli Dewan Undangan Negeri.

“Persidangan DUN akan diadakan secara bersemuka (fizikal),” jelas Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian dalam sidang media Pasca Mesyuarat Exco yang diadakan secara atas talian (online) sebentar tadi.

Show More

Related Articles

Back to top button