Berita

Sektor pembuatan dan perkhidmatan tumpuan pelaburan Negeri Sembilan

SEREMBAN: Negeri Sembilan memberikan tumpuan terhadap pelaburan dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, hal ini kerana kedua-dua sektor ini merupakan penyumbang terbesar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Negeri Sembilan.

“Sektor ini juga turut menawarkan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat tempatan.

“Selain itu, Kerajaan Negeri sentiasa memastikan peningkatan pelaburan dan ekonomi di Negeri Sembilan.

“Hal ini demikian kerana ia bagi mencapai pertumbuhan ekonomi yang mampan, penekanan awal akan diberikan kepada sektor pembuatan untuk menghasilkan lebih banyak produk berkualiti tinggi, pelbagai dan kompleks.

“Kerajaan yakin dasar dan strategi yang dirangka akan memperkasakan ekosistem pelaburan dan merancakkan aktiviti pelaburan untuk terus memacu pertumbuhan ekonomi serta meletakkan sebagai destinasi pelaburan utama,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lukut, YB Choo Ken Hwa di Persidangan Ketiga (Belanjawan) Penggal Pertama, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang ke-15.

Show More

Related Articles

Back to top button