Berita

Skuad Pantas sebagai ‘respond team’ ketika bencana

NILAI: Skuad Pantas Nilai akan bertindak sebagai ‘respond team‘ sekiranya berlaku sebarang bencana.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nilai, J.Arul Kumar berkata, Skuad Pantas ini telah ditubuhkan sejak Mei tahun lalu.

“Pelbagai aktiviti berkaitan bencana di kawasan Nilai telah dilaksanakan.

“Skuad ini juga telah berjaya didaftarkan bersama Jabatan Pertubuhan Malaysia (ROS) dengan mendapat sokongan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat.

“Saya berterima kasih kepada Skuad Pantas ini kerana ia adalah secara sukarelawan yang turun membantu tanpa mengira masa dan habuan,” kata Arul Kumar.

Arul Kumar berkata demikian di Retreat Skuad Pantas 2024 di kampung Sungai Mahang, Nilai.

Show More

Related Articles

Back to top button