Menarik
Statistik pendaftaran perkahwinan orang Islam di Negeri Sembilan
Statistik pendaftaran perkahwinan orang Islam di Negeri Sembilan mengikut julat umur (Tahun 2021-2024)
Berdasarkan data yang di tunjukkan, pada tahun 2021 mencatatkan jumlah pendaftaran perkahwinan yang tertinggi dalam tempoh sehingga tahun 2024 iaitu sebanyak 15, 346 orang.
Bagi pendaftaran perkahwinan bawah umur (perempuan berumur bawah 16 tahun, lelaki berumur bawah 18 tahun) dalam tempoh tahun 2021-2024, mencatatkan jumlah tertinggi ialah sebanyak 24 orang iaitu pada tahun 2022.
Data juga merekodkan jumlah perkahwinan tertinggi bagi dewasa dan warga emas dengan jumlah sebanyak 13,971 pada tahun 2021 (dewasa) dan 1, 441 orang (warga emas) pada tahun 2022.