Sukan desa erat hubungan antara masyarakat: ISMAIL
LABU: Penganjuran sukan desa mampu untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat setempat.
Exco Pembangunan Luar Bandar, YB Dato’ Ismail Ahmad berkata, secara tidak langsung dapat mewujudkan keharmonian dalam kalangan rakyat dan keadaan yang stabil dari segi sosial.
“Penganjuran program ini juga boleh dijadikan platform kepada semua MPKK untuk saling bekerjasama dan meningkatkan interaksi sesama MPKK.
“Dalam masa sama, Kerajaan Negeri juga amat menyokong penganjuran program ini.
“Tahniah kepada penganjur yang mengambil inisiatif membawa sukan rakyat ini bagi memberi kesedaran kepada generasi baharu bentuk aktiviti riadah pada masas dahulu,” kata Ismail.
Ismail berkata demikian di Perasmian Penutup Program Karnival Sukan Desa Daerah Rembau.
Turut hadir, Pegawai Daerah Rembau, Encik Mohamad Najib Mustafa.