Berita

Sukarelawan DUN Klawang bantu bersih rumah mangsa banjir

KLAWANG: Sukarelawan Pusat Khidmat Rakyat DUN Klawang telah membantu melakukan kerja-kerja pembersihan di tujuh buah rumah yang dilanda banjir.

Diketuai oleh ADUN Klawang, YB Dato’ Bakri Sawir, kerja-kerja pembersihan telah dilakukan di Taman Pekan Baru, Ladang Jelebu dan Taman Bandar Tinggi.

“Selain kerja-kerja pembersihan, kami juga telah menghulurkan bantuan makanan kepada mangsa banjir.

“Turut membantu sukarelawan daripada MPKK Sungai Lui dan MPKK Air Hitam.

“Kita sentiasa prihatin dengan permasalahan rakyat dan bersiap siaga untuk menghulurkan bantuan segera,” kata Bakri.

Show More

Related Articles

Back to top button