Berita

TABAH lancar Tabung Mangsa Banjir Baling

SEREMBAN: Exco Belia dan Sukan, YB Dato’ Taufek Abdul Ghani melalui Pusat Pembangunan Belia Harapan Negeri Sembilan (TABAH) telah melancarkan Tabung Mangsa Banjir Baling, Kedah.

Mohamad Taufek berkata, sasaran awal kutipan tabung tersebut adalah sebanyak RM20,000.

“Sumbangan yang terkumpul akan dihantar selewat-lewatnya 9 Julai ini.

“Selain sumbangan, pihak TABAH juga akan menghantar sukarelawan bagi membantu mangsa-mangsa banjir di sana.

“Tabung ini akan diletakkan di Wisma Kerajaan Negeri serta anak syarikat Kerajaan Negeri.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun kerana sudi melancarkan tabung ini.

“Semoga sumbangan serta usaha yang dilakukan ini dapat memulihkan semangat dan memberikan harapan kepada mereka yang terjejas,” kata Mohamad Taufek.

Show More

Related Articles

Back to top button