Berita

Rumah dijadikan stor barang mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk

SEREMBAN JAYA: Isu sebuah rumah yang dijadikan sebagai stor menyimpan barang di Taman Rahang mendapat perhatian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seremban Jaya, YB.P.Gunasekaren.

Ahli Majlis Bandaraya Seremban, Puan Jamilah Said Ali yang mewakili Gunasekaren berkata, lori-lori diparkir di tepi jalan bagi memunggah masuk dan keluar barang dari rumah tersebut.

“Nasihat dan notis penggosongan telah dikeluarkan bagi tujuan pengosongan rumah sebagai stor.

“Halangan kenderaan dan lori keluar masuk juga diarahkan untuk tidak mendatangkan kacau ganggu kepada penduduk setempat dan menggunakan jalan besar untuk sementara waktu sehingga kerja-kerja penggosongan dilaksanakan oleh pemilik stor tersebut.

“Pemilik juga dinasihatkan untuk segera mencari lokasi yang lebih sesuai untuk menyimpan dan memindahkan barangan kerana rumah di taman perumahan tidak sesuai dijadikan stor,” kata Jamilah.

Turut bersama, enam penguatkuasa daripada Jabatan Undang-undang dan Penguatkuasaan Majlis Bandaraya Seremban (MBS) serta Pembantu Ahli Majlis MBS, Encik Minnal dan Encik Muganthan.

Show More

Related Articles

Back to top button