TAMPIN: Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin menawarkan Khidmat Nasihat Guaman Percuma (#GuamanPeduli Parlimen Tampin) kepada masyarakat Parlimen Tampin.
Ahli Parlimen Tampin, YB Dato’ Hasan Bahrom berkata, kami dapat dapat membantu untuk memberikan kaedah penyelesaian dan solusi kepada isu sivil yang berbangkit.
“Jika terdapat masyarakat Tampin yang sedang menghadapi masalah kes sivil dan hartanah, yang ingin mendapatkan nasihat guaman, boleh hubungi
pejabat saya untuk dapatkan sesi slot nasihat guaman seterusnya,” kata Hasan.
Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Tampin,
No 41, Tingkat Atas, Jalan Besar Tampin, Tampin.
TEL: 06-441 0196