Menarik

Nasir galak penglibatan anak muda dalam sukan

BAGAN PINANG: Pejabat Penyelaras DUN Bagan Pinang dan MPKK Kampung Si Rusa telah menganjurkan Kejohanan Futsal di gelanggang futsal Taman Desa Rusa.

Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman berkata, sebanyak 10 pasukan dari sekitar Kampung Si Rusa dan Bagan Pinang menyertai pertandingan ini.

“Saya berharap aktiviti sukan seperti futsal ini kerap dianjurkan oleh MPKK atau mana-mana persatuan.

“Ini ialah kerana sukan merupakan sebuah aktiviti yang sihat khususnya untuk anak muda.

“Tahniah kepada pasukan yang menjuarai kejohanan hari ini,” ujar Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button