Berita
Taufek sumbang makanan, bantal dan tilam kepada mangsa banjir
GEMENCHEH: Exco Belia dan Sukan Negeri Sembilan, YB Dato’ Mohamad Taufek Abdul Ghani telah menyumbang bantuan barangan keperluan asas kepada mangsa banjir di Taman Pinggiran Sungai Kelamah.
“Saya telah menyumbang barangan keperluan seperti makanan basah dan kering, susu, lampin pakai buang, bantal, tilam, sejadah dan telekung kepada mangsa banjir.
“Adalah diharapkan agar sumbangan ini dapat meringankan beban mangsa yang terkesan akibat banjir,” kata Mohamad Taufek.
Sementara itu, Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi mengucapkan terima kasih kepada Mohd Taufek di atas sumbangan tersebut.