Berita

Tujuh pelajar IPT terima insentif kecemerlangan dari Gunasekaren

SEREMBAN JAYA: ADUN Seremban Jaya, YB P.Gunasekaren menyampaikan insentif kewangan kepada tujuh pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) dari DUN Seremban Jaya.

“Saya menyampaikan Insentif Kecemerlangan IPT kepada tujuh pelajar yang akan melanjutkan pengajian ke IPT.

“Saya berharap anak-anak saya belajar bersungguh-sungguh dan apabila berjaya, berjasalah kepada ibubapa anda yang banyak berkorban sepanjang hidup semasa membesarkan anda semua,” kata Gunasekaren.

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat meringankan kos pengajian pelajar,” ujar Gunasekaren.

Gunasekaren turut mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif Kerajaan Negeri Sembilan dalam membantu pelajar IPT.

Show More

Related Articles

Back to top button