Menarik
Warga emas sakit kronik dapat perhatian Aidil
JUASSEH: Penyelaras DUN Juasseh, Tuan Mohd Aidil Abdullah telah menziarahi dua individu warga emas yang sakit kronik di Kampung Terentang.
Mohd Aidil berkata, Puan Rahmah Ayub merupakan pesakit strok dan buah pinggang manakala Pun Rafeah Hamzah@Wan Ayo mengalami sakit tua.
“Saya turut memberi sumbangan barangan asas dan lampin pakai buang.
“Semoga sumbangan ini dapat mengurangkan beban ahli keluarga mereka.
“Saya mendoakan agar mereka diberi kesembuhan dan dipermudahkan urusan mereka,” kata Aidil.