Berita

Waris mangsa Covid-19 terima sumbangan kewangan Kerajaan Negeri

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Rahman menyampaikan sumbangan RM1,000 kepada seorang waris yang kehilangan bapanya akibat dijangkiti virus Covid-19.

Mewakili Menteri Besar Negeri Sembilan, Nasir menyampaikan sumbangan Covid-19 kepada Encik Azwan Azmi, 30, yang merupakan waris kepada Allahyarham Azmi Ng Abdullah, 68, di Kampung SiRusa.

“Allahyarham Azmi menghembuskan nafas terakhirnya pada 9 Jun lalu.

“Sumbangan RM1,000 ini merupakan salah satu inisiatif daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan bagi meringankan beban yang dihadapi oleh keluarga yang kehilangan ahli keluarga akibat Covid-19,” kata Nasir.

Show More

Related Articles

Back to top button