Zaidy tinjau naik taraf persimpangan Londah – Palong 1

JERAM PADANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeram Padang, Dato’ Mohd Zaidy Abdul Kadir telah turun padang bagi meninjau perkembangan projek naik taraf jalan utama Palong yang bermula daripada persimpangan Londah sehingga Felda Palong 1.
Zaidy berkata, tinjauan tersebut dilakukan bagi memastikan kerja-kerja yang dilaksanakan berjalan mengikut spesifikasi dan memberi impak terbaik kepada rakyat.
“Sebanyak RM 1.1 juta diperuntukkan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).
“Oleh kerana laluan ini merupakan antara jalan utama penduduk setempat, proses snaik taraf ini adalah amat penting.
“Saya yakin ia akan memberi keselesaan, keselamatan serta kelancaran trafik di kawasan ini.
“InsyaAllah, sasya akan terus komited bagi memperjuangkan keperluan rakyat dan memastikan setiap peruntukan yang diluluskan benar-benar memberi manfaat kepada warga DUN Jeram Padang.
“Terima kasih juga kepada pihak JKR atas kerjasama dan kelulusan yang diberikan ini,” kata Mohd Zaidy.



