BeritaProgram

Zakat fitrah Negeri Sembilan RM7.00

Kadar zakat fitrah yang diperkenankan oleh Duli Yang Maha Mulia Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir pada tahun 1443H/2022M adalah seperti berikut:

i. Kadar asas zakat fitrah sebanyak RM7.00
ii. Umat Islam yang ingin membayar lebih daripada kadar tersebut, adalah digalakkan membayar mengikut kadar seperti berikut:
a) Kadar zakat fitrah sebanyak RM10.00 seorang
b) Kadar zakat fitrah sebanyak 21.00 seorang

Justeru bagi memudahkan urusan pembayaran, Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) menyediakan pelbagai saluran pembayaran iaitu:

a) Pembayaran secara bersemuka:
i. Hadir ke kaunter zakat di pejabat-pejabat MAINS daerah/cawangan
ii. Melalui Amil Zakat Fitrah
iii. Kaunter-kaunter pembayaran zakat fitrah

b) Pembayaran secara dalam talian:
i. Portal Zakat MAINS
ii. Aplikasi MAINS
iii. MyEG
iv. SnapNPay
v. JomPay
vi. Boost

Saluran pembayaran yang pelbagai ini diharapkan dapat memudahkan urusan para pembayar zakat fitrah tidak kira di mana lokasi mereka, Insyah Allah.

Show More

Related Articles

Back to top button