Berita

10 keluarga disantuni BAKRIYAH di Gemencheh

GEMENCHEH: Persatuan Badan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Pakatan Harapan dan Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Sembilan (BAKRIYAH) dengan kerjasama Pejabat Penyelaras DUN Gemencheh telah mengadakan program Ziarah Kasih di DUN Gemencheh.

Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abdul Latif A.Tambi berkata, sebanyak 10 keluarga yang kurang berkemampuan telah diziarahi bagi memastikan kebajikan mereka sentiasa dibela.

“Dalam program ini kita telah menghulurkan sumbangan kewangan dan barangan keperluan dapur bagi meringankan beban mereka,” kata beliau.

Show More

Related Articles

Back to top button