120 pelajar kurang kemampuan Linggi terima sumbangan ‘tablet’ dari Rusli
LINGGI: Penyelaras DUN Linggi, Tuan Rusli Abdullah menyerahkan sumbangan ‘tablet’ (peranti pintar) kepada 120 pelajar dari keluarga kurang berkemampuan dari DUN Linggi.
“Dalam suasana pandemik Covid-19, Pengajaran dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR) merupakan satu-satunya pilihan yang ada untuk pihak sekolah institusi pendidikan.
“Justeru, peralatan teknologi dan komunikasi seperti ‘tablet’ sangat diperlukan untuk melancarkan pembelajaran pelajar secara online, terutamanya kepada mereka yang bakal menduduki peperiksaan penting.
“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif pemberian ‘tablet’ percuma ini
“Saya harap tablet ini dijaga dengan baik dan digunakan untuk tujuan pembelajaran sahaja,” ujar Rusli.
Rusli berkata demikian selepas menyerahkan ‘tablet’ kepada 10 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Mohd Yusuf, Linggi.
Menurut Rusli, serahan dibuat secara perseorangan dan berperingkat-peringkat di Pejabat Penyelaras DUN Linggi untuk mematuhi SOP.