Berita

121 pelajar terima bantuan kewangan dari Taufek

PAROI: Seramai 85 pelajar institut pengajian tinggi (IPT) dan 36 pelajar sekolah menerima bantuan kewangan daripada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi, YB Dato’ Dr.Mohamad Taufek Abdul Ghani.

Mohamad Taufek berkata, seramai 85 pelajar yang melanjutkan pengajian ke IPT menerima insentif kecemerlangan IPT di bawah Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.

“Pelajar yang melanjutkan pengajian peringkat ijazah menerima RM1,000, diploma RM750 dan sijil RM500 secara one-off.

“Manakala seramai 36 pelajar sekolah pula menerima Bantuan Anak Sekolah sebanyak RM250 bagi fasa kedua.

“Sebelum ini pada bulan Jun lalu saya telah menyerahkan RM300 kepada pelajar sekolah ini di bawah fasa pertama,” kata Mohamad Taufek.

Mohamad Taufek yang juga Exco Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sembilan berkata, bantuan kewangan untuk pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan ini diharapkan dapat meringankan beban ibubapa yang menanggung kos pendidikan anak-anak.

Majlis penyerahan insentif kecemerlangan IPT dan Bantuan Anak Sekolah ini berlangsung di Pusat Khidmat Rakyat DUN Paroi.

Show More

Related Articles

Back to top button