Berita
14 keluarga mangsa banjir terima peralatan elektrik daripada Aminuddin
SIKAMAT: 14 keluarga yang terjejas banjir di Sikamat baru-baru ini, menerima peralatan elektrik daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Kejadian banjir buruk yang berlaku baru-baru ini memberi kesan kepada mangsa banjir termasuk kehilangan harta benda seperti peralatan elektrik asas.
“Justeru, sumbangan ini meringankan beban yang ditanggung oleh para mangsa banjir.
“Terima kasih kepada pihak SWM Environment di atas keprihatinan mereka terhadap mangsa banjir dengan menyumbang peralatan elektrik ini,” kata Aminuddin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sikamat.
Foto: Nabil Syafiq