BeritaMenarik

21 pelajar cemerlang SPM dapat RM21,000 daripada Aminuddin

SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan insentif kecemerlangan kepada 21 pelajar SPM yang mendapat keputusan semua A+ dalam peperiksaan SPM tahun lalu.

Aminuddin berkata, pelajar ini dipilih menerima insentif kecemerlangan bagi menghargai dan mengiktiraf kejayaan mereka dalam akademik.

“Kerajaan Negeri mahu meraikan kejayaan 21 orang pelajar cemerlang Negeri Sembilan SPM 2023 sebagai penghargaan berterusan Kerajaan Negeri terhadap budaya ilmu dan kecemerlangan pendidikan.

“Setiap seorang bakal menerima saguhati dari Kerajaan Negeri melalui Yayasan Negeri Sembilan sebanyak RM 1,000 setiap pelajar dengan jumlah peruntukan sebanyak RM21,000.

“Saya yakin ianya akan menjadi motivasi dan pencetus kejayaan mereka pada masa hadapan.

“Semoga anak-anak yang berjaya ini akan terus cemerlang menyambung pendidikan ke peringkat lebih tinggi dan pulang dengan kejayaan,” ujar Aminuddin,.

Aminuddin berharap agar insentif ini dapat dijadikan sebagai pembakar semangat kepada seluruh anak Negeri Sembilan untuk terus mencapai kejayaan dan melahirkan generasi yang cerdik bagi membangun ekonomi dan negeri pada masa akan datang.

Show More

Related Articles

Back to top button