BeritaMenarik

375 pemilik kediaman di Seremban terima geran hak milik kekal

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan permohonan penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya bagi 375 hak milik di Daerah Seremban.

Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, dasar penukaran tempoh pegangan hak milik daripada pajakan kepada selama-lamanya (Leasehold to Freehold) bagi tanah-tanah berstatus kediaman adalah merupakan salah satu tawaran Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (2018) yang telah dilaksanakan pada tahun 2020.

“Pada permulaannya, dasar ini dilaksanakan secara berperingkat mengikut kawasan.

“Pelaksanaan dasar ini telahpun diperluaskan untuk dinikmati oleh semua pemilik tanah berstatus kediaman.

“Sehingga kini, sebanyak 375 hak milik di Daerah Seremban telah diluluskan.

“Bagi majlis kali ini, kita ada 12 penerima hak milik ‘leasehold to freehold’ yang hadir untuk menerima hakmilik freehold masing-masing,” kata Aminuddin.

Aminuddin berkata demikian di Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Pajakan (Leasehold) kepada Hak Milik Kekal (Freehold) di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Show More

Related Articles

Back to top button