BeritaMenarik

88 pemilik lot rumah Sikamat gembira dapat geran hak milik individu

SEREMBAN: Seramai 88 pemilik lot rumah di Sikamat (berhadapan Taman Megaway) menarik nafas lega apabila penantian mereka selama 30 tahun untuk mendapatkan geran hak milik individu berakhir.

Setiausaha Jawatankuasa Penduduk Pecah Sempadan Lot dan Pemegang Amanah, Encik Karmjit Singh, 62, berkata, beliau berasa lega setelah mendapat geran hak milik individu.

“Apabila sudah ada geran hak milik individu, sekiranya penduduk mahu membuat pinjaman bank, ianya lebih mudah.

“Di lot yang masih kosong, pemilik lot nak bina rumah pun senang.

“Kalau ada penduduk yang mahu pindah, nak jual rumah pun boleh,” kata Karmjit.

Karmjit Singh

Karmjit kata, sebelum ini sejak tahun 1970an, kesemua 88 lot rumah ini diletakkan dalam satu geran induk.

“Ini menyukarkan pemilik lot rumah untuk membuat pinjaman bank atau membina rumah di lot yang kosong.

“Nak jual rumah pun tak boleh, sebab tiada geran hak milik secara individu

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun,” jelas beliau.

Karmjit berkata demikian kepada Negeri Kita selepas Majlis Penyerahan Geran Hak Milik Individu kepada 88 pemilik lot rumah tersebut yang diadakan di di Pejabat Daerah dan Tanah Seremban.

Leong Siew Fai

Terima kasih Menteri Besar

Encik Leong Siew Fai, 59, turut melahirkan perasaan gembira apabila menerima geran hak milik individu.

“Kami sudah tunggu lama agar isu ini diselesaikan, sejak zaman bapa saya lagi (30 tahun lalu).

“Bila dah ada geran hak milik individu, pada masa akan datang, kalau nak jual rumah pun senang.

“Terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan yang membantu mendapat geran hak milik individu kepada kami,” jelas Leong.

Ahmad Ibrahim Maiden

Encik Ahmad Ibrahim Maiden, 88, merakamkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar di atas usaha menyelesaikan masalah yang berlarutan sejak 30 tahun lalu.

“Terima kasih kepada Kerajaan Negeri dan Menteri Besar Negeri Sembilan yang membantu menyelesaikan masalah kami,” ujarnya.

Penantian 88 pemilik lot rumah di Sikamat selama 30 tahun berakhir apabila menerima geran hak milik individu daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.

Show More

Related Articles

Back to top button