400 ekor ayam habis dijual dalam tiga jam
GEMENCHEH: Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin Peringkat DUN Gemencheh telah diadakan di Padang Awam Felda Bukit Rokan.
Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi berkata, sebanyak 400 ekor ayam, 300 papan telur, 500 paket minyak masak, 100 paket gula, 100 paket tepung gandum, 200 kampit beras lima kilogram dan 50 kilogram ikan serta sayur-sayuran habis dijual.
“Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin ini adalah manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri Sembilan terhadap kenaikan harga barang.
“Melihat permintaan yang tinggi bagi beberapa barang kering, saya akan meningkatkan kuantiti jualan pada program akan datang.
“Program Jualan Harga Ladang Nismilan Prihatin DUN Gemencheh akan diteruskan lagi pada 29 Oktober ini di Dataran Kampung Tengah,” kata Abd Latif.