Menarik

400 keluarga Tionghua disantuni Zainal Fikri sempena Tahun Baru Cina

SIMPANG PERTANG: Seramai 400 keluarga Tionghua disantuni Penyelaras DUN Pertang, Tuan Zainal Fikri Abd Kadir menjelang sambutan Tahun Baru Cina esok.

“Sempena sambutan Tahun Baru Cina esok, saya telah menyantuni masyarakat Tionghua di sekitar DUN Pertang.

“Sebanyak 400 kotak limau mandarin telah diedarkan kepada 400 keluarga Tionghua di Simpang Pertang dan Kampung Cina Pertang.

“Saya juga menyerahkan sumbangan kewangan dan barang keperluan asas kepada 30 keluarga Tionghua yang kurang berkemampuan.

“Selain itu, sebanyak 500 buah tanglung dipasang di Simpang Pertang bagi memeriahkan lagi sambutan Gong Xi Fa Chai pada tahun ini,” kata Zainal Fikri.

Zainal Fikri berkata, sumbangan pada tahun ini, dihantar terus ke rumah para penerima dengan mematuhi SOP yang ketat.

“Semoga sumbangan yang diberikan akan menceriakan sambutan Tahun Baru Cina dalam situasi kita menghadapi pandamik Covid-19,” ujar Zainal.

Sementara itu, Zainal Zikri juga menyampaikan sumbangan air minuman kepada barisan hadapan yang akan bertugas pada musim perayaan Tahun Baru Cina.

“Saya menyerahkan air kotak (minuman) ini kepada Ketua Polis Balai Pertang, Tuan SM Osman untuk diagihkan ke seluruh pos kawalan sekatan jalan raya di DUN Pertang.

Show More

Related Articles

Back to top button