Berita

414 penduduk Titi telah menerima dos penggalak

CHENNAH: Pusat Khidmat Rakyat DUN Chennah dan MPKK Kampung Baru Titi dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu telah menjalankan program vaksinasi dos penggalak (booster) di Kampung Baru Titi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chennah, YB Loke Siew Fook berkata, program vaksinasi ini dijalankan secara bergerak dengan menggunakan sebuah bas yang telah diubah suai.

“Dalam masa dua hari, seramai 414 orang telah menerima suntikan booster dalam program tersebut.

“Saya menggalakkan penduduk di DUN Chennah mendapatkan suntikan booster demi kebaikan bersama,” kata Loke.

Show More

Related Articles

Back to top button