Menarik
42 keluarga asnaf Gemencheh terima sumbangan kewangan daripada Aminuddin
GEMENCHEH: Sebanyak 42 keluarga asnaf dari Kampung Air Kuning Selatan menerima sumbangan kewangan dan makanan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Semoga bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka di bulan Ramadhan ini.
“Terima kasih kepada semua yang turut serta menjayakan majlis berbuka puasa ini,” kata Aminuddin.
Amiunuddin turut menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kampung Air Kuning Selatan.
Turut hadir, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir dan Penyelaras DUN Gemencheh, Tuan Abd Latif A.Tambi.