Menarik

45 keluarga asnaf terima sumbangan ‘Ramadhan’ dari Aminuddin

SERTING: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyampaikan sumbangan kewangan kepada 45 keluarga asnaf di DUN Serting.

Aminuddin berkata, 45 keluarga asnaf dari Kampung Serting Tengah dan Kampung Serting Ulu.

“Pada tahun ini MAINS telah menetapkan tiga jenis bayaran zakat iaitu RM7, RM10 dan RM21.

“Kategori ini membolehkan pembayar zakat bayar mengikut kemampuan masing-masing. Di samping itu, kadar baharu ini juga membolehkan MAINS membantu lebih ramai asnaf.

“Saya juga ingin mengingatkan kepada semua agar menunaikan tanggungjawab membayar zakat fitrah.

“Semoga MAINS dapat membantu umat Islam dan golongan asnaf keluar daripada belenggu kemiskinan,” kata Aminuddin.

 

Terlebih dahulu Aminuddin menyantuni pengunjung bazar Ramadhan Bandar Baru Jempol dan beramah mesra dengan pengunjung dan peniaga.

Aminuddin turut membelikan juadah berbuka puasa untuk pengunjung di bazar tersebut.

 

Foto: Nabil Syafik

Show More

Related Articles

Back to top button