Berita

55 pelajar miskin terima Bantuan Anak Sekolah dari Saiful

SUNGAI LUI: Seramai 55 pelajar menerima Bantuan Anak Sekolah daripada Penyelaras DUN Sungai Lui, Tuan Saiful Bahri Jaaman.

Saiful Bahari berkata, sumbangan ini adalah daripada Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan kepada pelajar dari keluarga yang kurang berkemampuan.

“Bagi Fasa 1 kali ini, bantuan RM300 seorang telah diberikan. Manakala RM250 (Fasa 2) akan diagihkan pada bulan Oktober nanti.

“Jumlah keseluruhan Bantuan Anak Sekolah ini ialah RM550 untuk setahun,” katanya.

Saiful Bahri berkata, Bantuan Anak Sekolah ini adalah inisiatif Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan untuk meringankan beban kos persekolahan pelajar dari keluarga kurang berkemampuan.

“Saya ingin menasihatkan pelajar yang menerima sumbangan kewangan ini agar rajin belajar dan membantu ibubapa di masa kelapangan,” ujar Saiful Bahri.

Show More

Related Articles

Back to top button