Berita

Pendidikan menerusi TV perlu diperkenalkan segera

Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) tanpa bergantung kepada komputer dan talian internet

SEREMBAN: Exco Pelaburan, Perindustrian, Keusahawanan, Pendidikan dan Modal Insan Negeri Sembilan, YB Dato’ Dr.Mohamad Rafie Ab Malek berkata, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menyediakan kaedah alternatif Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) secara segera yang tidak bergantung kepada keperluan komputer riba dan talian hubungan internet.

Dr.Mohamad Rafie berkata, kaedah alternatif PdPR yang perlu diperkenalkan oleh KPM secara serta-merta ketika ini adalah pendidikan menerusi siaran televisyen dan radio.

“Walaupun ia seolah-olah kaedah alternatif ini seperti ‘tindakan kebelakang’ tetapi kita tidak mempunyai pilihan lain yang mudah untuk kita laksanakan pada ketika ini.

“Setiap subjek matapelajaran boleh disediakan oleh KPM dan disiarkan secara tersusun dengan menyediakan pelbagai saluran menurut darjah atau tingkatan pelajar,” katanya yang juga ADUN Ampangan.

Mohamad Rafie berkata, walaupun teknologi terkini telah tersedia kaedah komunikasi secara maya tetapi kita perlu mengakui hakikat bahawa majoriti rakyat negara ini masih tidak mempunyai kemudahan untuk membolehkan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan secara berkesan.

“Pelaksanaan PdPR memerlukan kepada dua kemudahan asas iaitu perkakasan seperti komputer riba dan hubungan talian internet untuk setiap pelajar.

“Semua pihak perlu berlaku jujur bahawa hakikat majoriti ibubapa tidak dapat menyediakan kemudahan perkakasan kepada anak-anak mereka dan masih banyak tempat pencapaian kualiti internet tidak begitu baik di negara ini,” jelas Mohamad Rafie.

 

Foto: Facebook Mohamad Rafie Ab Malek

Show More

Related Articles

Back to top button