Abdul Rahman agih RM33,000 kepada 66 pelajar kurang kemampuan
SERTING: Seramai 66 pelajar sekolah menengah dari keluarga kurang berkemampuan menerima bantuan Biasiswa Anak Negeri (BAN) daripada Penyelaras DUN Serting, Tuan Abdul Rahman Ramli.
Abdul Rahman berkata, seramai 66 pelajar telah menerima bantuan berjumlah RM33,000.
“Biasiswa yang diberikan kepada setiap pelajar yang layak adalah sebanyak RM500 setahun.
“Bantuan kewangan ini diserahkan kepada ibu bapa dan penjaga masing-masing dalam satu majlis ringkas di Pejabat Penyelaras DUN Serting.
“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun di atas inisiatif ini, yang sangat membantu meringankan kos pendidikan pelajar tersebut,” kata Abdul Rahman.
Ibu bapa dan penjaga yang menerima bantuan ini mengucapkan terima kasih kepada Abd Rahman dan Kerajaan Pakatan Harapan Negeri Sembilan.