BeritaKolumnisMenarik

AI gelapkan masa depan belia?

Muhammad Fatulhaqim Adnan

Kecanggihan dan kepesatan AI (Airtificial Intelligence) secara perlahan telah mengambil alih banyak bidang pekerjaan secara kita sedara mahupun tidak.

Menurut kajian dari dunia perbankan dan pelaburan terkenal Goldman Sachs, Articial Intelligence (AI) boleh menggantikan lebih kurang 300 juta pekerja sepenuh masa.

Pekerjaan yang boleh digantikan dengan AI ialah seperti perkhidmatan pelanggan, penyambut tetamu, akauntan, jurujual, operator gudang,juruwang dan pekerja kilang menurut kajian Universiti Nexford.

Ini boleh dilihat dimana sesetengah kilang terutamanya sektor automotif sudah banyak menggunakan robot untuk melakukan kerja-kerja pemasangan.

Begitu juga pusat membeli belah dimana sudah mula menggunakan pengimbas layan diri dimana barang yang dibeli boleh dibayar sendiri menggunakan mesin bagi mengurangkan kejadian kecurian dan sekaligus menjimatkan kos.

Menurut kajian lagi perkerjaan yang tidak akan terksean dengan perkembangan AI ialah guru, pengarah urusan, sumber manusia, CEO, seniman dan penulis.

2.17 peratus perkerja generasi Z risau pekerjaan meraka akan diambil alih oleh AI.

Namun, 29 peratus menganggap AI mewujudkan peluang perkerjaan serta membantu mengasah perkerjaan baharu.

Walaubagaimanapun, belia seharusnya perlu membiasakan diri dengan perubahan dengan sentiasa menerima pembelanjaran baharu, mempelajari kemahiran ihsaniah, tangkas dalam perubahan dalam mempelajari segala ilmu baharu dan berkemahiran dalam skill dan pengetahuan tertentu.

Jika anda ada kepakaran dalam sesuatu bidang anda boleh membezakan dengan calon perkerja yang lain.

Dilaporkan bahawa sektor digital Malaysia memberikan sumbangan yang signifikan iaitu 23.2 peratus kepada keluaran Dalam Negara Kasar manakala impak ekonomi digital dijangka terus meningkat dan diunjurkan menyumbang sebanyak 25.5 peratus kepada ekonomi negara 2025 serta mewujudkan hingg 50,000 peluang pekerjaan.

 

Kredit Foto: University of Central Florida

 

Show More

Related Articles

Back to top button