BeritaMenarik

Aminuddin bakal Menteri Ekonomi?

SEREMBAN: Dato’ Seri Utama Aminuddin Harun menepis spekulasi bahawa beliau akan dilantik sebagai Menteri Ekonomi.

“Saya tidak dapat apa-apa maklumat tentang perkara tersebut dan Perdana Menteri pun tidak panggil saya untuk maklum perkara itu.

“Saya menyifatkan spekulasi tersebut sebagai ‘berita nakal’,” kata Aminuddin di Sidang Media Pasca Mesyuarat Exco di Wisma Negeri sebentar tadi.

Sejak beberapa hari lepas, khabar angin bertiup kencang apabila dikhabarkan Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim akan membuat rombakan kabinet dan ini membabitkan seorang Menteri Besar.

Seterusnya tular sebuah poster di media sosial, kononnya Badan Perhubungan UMNO mengucapkan tahniah kepada Aminuddin di atas lantikan beliau sebagai Menteri Ekonomi.

Dalam pada itu, Aminuddin menjemput orang ramai ke sambutan Hari Kemerdekaan di Padang Dewan Bandaraya Seremban pada pagi 31 Ogos ini.

“Saya juga galakkan rakyat Negeri Sembilan mengibarkan Jalur Gemilang di kediaman masing-masing.

“Ada beberapa program dirancang termasuk jelajah bermotorsikal yang diketuai oleh Exco Kanan, Dato’ Seri Jalaluddin Alias akan memberikan momentum yang baik untuk menarik minat golongan anak muda menghargai erti kemerdekaan,’ ujar Aminuddin.

Show More

Related Articles

Back to top button