Berita
Aminuddin bakal umum sesuatu minggu hadapan
SEREMBAN: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun bakal mengumumkan beberapa perkara penting pada hari Isnin minggu hadapan.
Aminuddin berkata, antara perkara yang akan diumumkan adalah penyalahgunaan tanah di Negeri Sembilan.
“Perkara ini harus diberitahu kepada umum yang mana penyalahgunaan tanah ini merugikan Kerajaan Negeri.
“Walaupun begitu, ia masih di dalam siasatan.
“Insya Allah, pada Isnin hadapan saya akan memanggil sidang media untuk menjelaskan perkara ini dengan lebih terperinci,” kata Aminuddin.
Aminuddin berkata demikian di sidang media Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat Daerah Seremban.