Aminuddin beri sumbangan pada 79 keluarga asnaf di Labu
LABU: Sebanyak 38 keluarga asnaf dari Kariah Masjid Batu 10, Labu, serta 41 keluarga asnaf dari Kariah Masjid Felda LBJ menerima sumbangan kewangan daripada Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun.
“Semoga sumbangan yang disalurkan dapat memeriahkan sambutan Ramadan dan Aidilfitri penerima tidak lama lagi.
“Selain itu, menjelang 10 malam terakhir Ramadan, marilah kita bersama-sama meningkatkan amal ibadah kita agar diberi peluang untuk bertemu malam al-Qadar.
“Ini adalah kerana malam tersebut mempunyai terlalu banyak kebaikan yang boleh diperolehi,” kata Aminuddin.
Aminuddin terlebih dahulu berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Batu 10.
Beliau selepas itu menunaikan solat Isyak dan solat Terawih berjemaah di Masjid Felda LBJ.
Turut hadir ADUN Labu, YB Dato’ Ismail Ahmad.
Foto: Nabil Syafiq