Berita

Aminuddin rasmi Surau Anggun SMK Warisan Puteri

SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Aminuddin Harun telah merasmikan Surau Anggun Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Warisan Puteri.

“Surau Anggun SMK Warisan Puteri merupakan salah satu simbol dan doa yang berterusan daripada warga SMK Warisan Puteri dan Alhamdulillah berkat usahasama daripada Anggun Cotton Collection, surau ini berjaya didirikan.

“Saya yakin dengan terbinanya surau ini, sudah pasti akan dimanfaatkan sepenuhnya dengan menganjurkan program kerohanian dan insaniah yang boleh memberi impak yang besar kepada warga SMK Warisan Puteri,” kata Aminuddin.

Turut diadakan Majlis Bacaan Yasin, Solat Hajat bersama calon SPM 2024.

Dalam pada itu, Aminuddin juga memberikan sumbangan kewangan menerusi Anugerah Kecemerlangan SPM 2023 kepada tujuh pelajar SMK Warisan Puteri yang mencatatkan keputusan cemerlang.

“Kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2024.

“Korbankan masa sedikit, berikan komitmen yang penuh kepada pelajaran, kerana peperiksaan ini bakal menentukan hala tuju anak-anak di peringkat seterusnya.

“Insya-Allah saya sentiasa mendoakan kepada semua anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM untuk mencapai keputusan yang cemerlang,” ujar Aminuddin yang juga ADUN Sikamat.

Show More

Related Articles

Back to top button