Berita
Aminuddin santuni masyarakat DUN Sikamat
SIKAMAT: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun telah menyantuni masyarakat DUN Sikamat di Balai Raya Taman Desa Rhu.
Aminuddin berkata, perjumpaan tersebut diadakan setiap hari Khamis untuk mendengar permasalahan daripada masyarakat setempat.
“Insya Allah, saya dan pasukan Pusat Khidmat Rakyat DUN Sikamat akan bersama-sama menyelesaikan masalah yang diutarakan kepada saya,” kata Aminuddin yang juga merupakan ADUN Sikamat.