Berita

Nasir sumbang RM14,000 kepada masjid dan surau di Bagan Pinang

BAGAN PINANG: Penyelaras DUN Bagan Pinang, Tuan Nasir Raman telah menyerahkan sumbangan berjumlah RM14,000 kepada masjid dan surau di DUN Bagan Pinang.

Nasir berkata ia merupakan satu bentuk insentif yang boleh digunakan oleh pengurusan masjid dan surau untuk perkara bermanfaat.

“Sumbangan ini bertujuan membantu pihak masjid dan surau bagi menjalankan aktiviti keagamaan dan naik taraf untuk keselesaan jemaah yang hadir,” kata Nasir.

Senarai masjid dan surau yang menerima sumbangan tersebut adalah:

i. Surau Taman Dato’ Abdul Samad

ii. Surau Taman Desa Rusa

iii. Surau Taman PD

iv. Surau Teluk Kemang

v. Surau At Tohiriah

vi. Surau Kampung Si Rusa

vii.Surau Taman Anika

viii.Surau Taman Intan Perdana

ix. Surau Taman Intan Duyung

x. Masjid Warisan Teluk Kemang

xi. Masjid Taman Desa PD

xii. Masjid Kampung Baru Si Rusa.

xiii. Masjid Teluk Kemang.

xiv. Masjid Bagan Pinang

Show More

Related Articles

Back to top button