BeritaMenarik

PM: Pelaburan terbesar Microsoft di Malaysia

PUTRAJAYA: Pelaburan tambahan Microsoft berjumlah RM10.2 billion merupakan pelaburan terbesar Microsoft sejak bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella memaklumkan bahawa gergasi teknologi Microsoft bersetuju untuk menambah pelaburan berjumlah USD2.2 bilion (RM10.5 bilion) dalam tempoh empat tahun mendatang.

“Jumlah ini adalah pelaburan terbesar pada satu-satu masa oleh Microsoft setelah bertapak selama 32 tahun di Malaysia.

“Pelaburan ini meliputi pembangunan sistem dan infrastruktur awan (cloud system) dan Kecerdasan Buatan (AI), pewujudan peluang kemahiran AI untuk tambahan 300,000 orang, penubuhan satu Pusat Kecemerlangan AI Nasional, mempertingkat kemampuan keselamatan siber negara dan menyokong pertumbuhan komuniti pembangun sistem di Malaysia.

“Malaysia menyambut baik keputusan pelaburan ini yang membuktikan keyakinan mereka kepada asas ekonomi negara yang kukuh, dasar-dasar yang jelas dan terarah, selain mesra pelabur dan kestabilan politik.

“Pelaburan ini selari dan akan menjadi pendukung utama kepada fokus Kerajaan dalam membangunkan kapasiti AI dalam negara,” kata Anwar selepas menerima kunjungan hormat Satya di pejabatnya.

Show More

Related Articles

Back to top button