Berita

Kementerian Pendidikan perkasa Pendidikan Tingkatan Enam

PUTRAJAYA: Menteri Pendidikan, YB Fadhlina Sidek menekankan betapa pentingnya program Tingkatan Enam sebagai pendidikan lepas menengah dalam sistem pendidikan negara.

“Oleh sebab itu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan terus memperkasakan pendidikan Tingkatan Enam melalui peningkatan imej, sistem, dan kualiti pendidikan setaraf dengan pendidikan lepasan menengah yang lain selepas SPM kerana ianya dilihat sebagai salah satu laluan utama murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke universiti.

“Selain itu, fokus kita juga adalah untuk membangun dan memupuk nilai kepimpinan yang tinggi sesuai dengan kebitaraan yang ingin diterapkan kepada pelajar Tingkatan Enam.

Show More

Related Articles

Back to top button