Berita

Aminuddin seru hargai keindahan dan seni warisan Negeri Sembilan

JUASSEH: Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun, menyeru penduduk Negeri Sembilan untuk menghargai keindahan serta keindahan warisan yang terdapat di negeri ini.

Bercakap dalam majlis berbuka puasa di Masjid Kampung Terusan; Aminuddin berkata, Masjid Lama Kampung Terusan telah dibaikpulih melalui Inisiatif Projek Bangunan dan Rumah Warisan Negeri.

“Masjid Lama Kampung Terusan ini telah dibina pada tahun 1840 secara bergotong-royong oleh penduduk kampung. Arkitek bagi pembinaan masjid ini adalah Dato’ Siamang Gagap.

“Antara ciri menarik masjid ini adalah jenang pintu masjid yang rendah. Ini bertujuan supaya jemaah berjalan tunduk sebelum memasuki masjid sebagai tanda hormat.

“Semoga pembaikan ini membolehkan generasi akan datang menikmati keindahan dan kehalusan seni bina warisan Negeri Sembilan,” kata Aminuddin.

Aminuddin sebelum itu turut memberikan sumbangan kewangan kepada 50 keluarga asnaf bagi membantu meringankan beban mereka dalam menyambut ketibaan Syawal.

 

Foto: Nabil Syafiq

Show More

Related Articles

Back to top button