SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan memperkenalkan satu inisiatif baharu, iaitu pemberian Geran kepada Badan Pengurusan Bersama (JMB) atau Perbadanan Pengurusan (MC) untuk 282 JMB/MC di negeri ini.
Menteri Besar Negeri Sembilan, YAB Dato’ Seri Aminuddin Harun berkata, Kerajaan Negeri Sembilan sentiasa mendengar keluh kesah rakyat berkenaan ketidakmampuan pihak JMB (Joint Management Body) atau MC (Management Corporation) menjana pendapatan melalui kutipan caj perkhidmatan di kediaman strata.
“Justeru, bagi meringankan beban JMB/MC, Kerajaan Negeri telah bersetuju melaksanakan satu inisiatif baharu iaitu pemberian Geran kepada JMB/MC dengan peruntukan sebanyak RM1.41 juta.
“Inisiatif bantuan kewangan secara one-off ini dijangka dapat membantu 282 JMB/MC di negeri ini,” kata Aminuddin.
Foto: Nabil Syafiq