Berita
Bakri santuni klien AADK Jelebu
KLAWANG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klawang, YB Dato’ Ir.Bakri Sawir telah menyantuni klien Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di Kampung Larong, Kampung Dulang dan Taman Titi.
“Alhamdulillah saya dapat menyelami dengan lebih dekat tentang cabaran yang dihadapi klien AADK.
“Antara perkara yang diketengahkan adalah kos sara hidup dan kos rawatan serta perubatan.
“Saya juga menyumbang barangan keperluan harian kepada mereka.
“Semoga sumbangan ini meringankan beban klien AADK yang diziarahi,” kata Bakri.