BeritaMenarikProgram

Bangunan baharu Pejabat Agama Islam Port Dickson berharga RM6 juta

RAMADHAN: Pembinaan bangunan baharu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) Daerah Port Dickson akan dimulakan tidak lama lagi.

Pengarah JHEAINS, Dato’ Mohd Zaidi Ramli berkata, bangunan baharu tersebut akan didirikan dengan kos RM6 juta di tapak seluas enam ekar.

“Ini adalah satu lagi mercu tanda Islam di Port Dickson.

“Selama ini Pejabat Agama Islam Daerah Port Dickson berada dalam keadaan amat daif.

“Selain itu kita juga sentiasa merancang dan melaksana aktiviti lain dan perkara yang boleh mengangkat reputasi JHEAINS,” katanya kepada Negeri Kita dalam satu wawancara khas sempena sambutan Ramadhan.

Show More

Related Articles

Back to top button